Sebab kelahiran semula Kelahiran_semula

Kelahiran kembali terjadi kerana manusia masih memiliki hasrat untuk berlanjut di alam kehidupan. Kejadian-kejadian yang manusia mengalami di kehidupan sekarang merupakan hasil daripada perbuatan mereka di masa kehidupan yang lampau, dan bukannya disebabkan keputusan Tuhan. Oleh sebab itu, kehidupan kini amat penting untuk mengelakkan kehidupan yang buruk di kehidupan yang kelak. Ada orang bijaksana yang berkata bahawa kehidupan belum pasti, tetapi kematianlah sudah dipastikan (jivitang aniyatang, maranang niyatang). Oleh demikian, mereka merayu agar semua orang membuat kebajikan untuk menghadapi kematian kelak. Jika tidak, hidup dan mati akan berlangsung.

Pada setiap saat kita bernafas, sudah terjadi hidup dan mati oleh kerana kesedaran kita telah mati lalu ditimbul kesedaran yang baru, begitu terus makhluk di dunia ini hidup dan mati. Jadi yang harus kita lakukan adalah dengan mengembangkan kesedaran yang baik sehingga saat pergantian kesedaran dapat membuat kesedaran yang menjauhkan daripada ketamakan, kebencian, dan kejahilan. Jadi, kehidupan ini adalah tanggungjawab kita sendiri kerana setiap kelahiran adalah hasil dari perbuatan kita sendiri.

Setiap perbuatan buruk menghasilkan penderitaan dan setiap perbuatan baik akan menghasilkan kebahagiaan. Dalam apa jua agama juga, hukum ini selalu berlaku. Oleh sebab itu, kita mestilah membuat hidup kita indah, dengan mementingkan kebajikan. Buddha mengajar, "Janganlah berbuat jahat, banyaklah berbuat kebajikan, sucikanlah fikiran dan batin (Sabbapapa sa akaranang, kusala supasampada, sacittapa riyodapanang, etang buddha na sasanang)